Konsultan Pengurusan Projek (Project Management Consultant)

Berkecimpung dalam konsultan pengurusan projek ini memberikan satu peluang yang baru untuk memikirkan sesuatu yang kadangkala bermula daripada perancangan awalan. Kadangkala klien atau pemaju mempunyai idea untuk membuat sesuatu tapi terbatas dalam menjadikan sebuah projek tersebut dapat direalisasikan.

kadangkala pemaju ada keupayaan tanah, tapi tiada idea dan bajet untuk memulakan.
kadangkala ada pihak mempunyai bajet dan sumber kewangan tetapi tiada idea dan tanah untuk memulakan.
kadangkala ada idea tetapi belum tahu tempat mana yang sesuai untuk dijalankan dan bajet untuk memulakan.

Seperti saya, disinilah peranan saya dapat dimainkan. bukan sahaja dalam menunggu peluang yang datang atau dipanggil untuk memulakan sesuatu. kadangkala kita terpaksa mencari peluang untuk memulakan sesuatu projek.

Apa yang penting hubungan dan kerjasama yang dijalankan oleh semua pihak itu penting kerana pada bila2 masa sahaja ia perlu untuk digabungkan.


Ulasan